Pakaian Melayu Sepanjang Zaman

Buku Pakaian Melayu Sepanjang Zaman


Judul : Pakaian Melayu Sepanjang Zaman
Pengarang : Abbas Alias & Norwani Md. Nawawi
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Mukasurat : 176
Cetakan Pertama : 2003
Harga/Price:
ISBN : 983-62-7711-0
UPM/FBMK/JBM/BBM(M)10



Buku Pakaian Melayu Sepanjang Zaman ditulis oleh sepasang suami isteri, iaitu Abbas Alias, seorang Guru Penolong Kanan di Sekolah Menengah Sri Pantai, Wilayah Persekutuan dan Dr. Norwani Md. Nawawi, Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Buku ini termuat maklumat pakaian orang Melayu dari dahulu kala hingga kini yang sesuai sebagai bahan bacaan ringan dan buku rujukan. Buku ini terbahagi kepada lapan bab. 

Bab 1 menerangkan sejarah dan perkembangan pakaian Melayu. Bab 2 menjelaskan perkembangan pakaian raja dan rakyat biasa. Pakaian seperti baju kurung, kebaya, baju Kedah, Pahang dan pakaian kepala seperti tengkolok, songkok, destar, serban, kopiah dan lain-lain diterangkan dalam Bab 3. Bab 4 pula menerangkan secara khusus pakaian adat perkahwinan Melayu. Pakaian yang agak klasik yang hanya sesuai dipakai dalam majlis tertentu seperti pertunjukan tarian atau peragaan fesyen seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang, baju Menora dan baju Minangkabau dihuraikan dalam Bab 5. Dalam Bab 6 pula kelihatan pengaruh agama Islam terhadap cara berpakaian orang Melayu, seperti selendang, tudung, skarf dan turban. Begitu juga dengan perkembangan kemajuan dan kemodenan Barat yang mempengaruhi cara berpakaian orang Melayu seperti baju kurung moden, kebaya moden dan kebarung. Perubahan-perubahan ini terdapat dalam Bab 7. Dalam Bab 8 pula penulis menonjolkan unsur- unsur pakaian Melayu yang merupakan warisan bersama. Bab ini juga menunjukkan bahawa pakaian merupakan cabang budaya; mempunyai sifat gagasan yang lebih luas daripada sempadan negeri.

Selain pakaian, buku ini turut mengetengahkan barang perhiasan yang dipakai apabila seseorang mengenakan busana Melayu seperti tali pinggang, pending, gelang tangan, gelang kaki jantung pisang, cucuk sanggul goyang, dokoh, dan bengkung.
 
Baju Kurung Budak Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...