Sejarah Baju Kurung

Siapakah yang mula-mula membuat Baju Kurung? Baju Kurung adalah Baju tradisional Melayu yang bolehlah ditafsirkan sebagai baju longgar atau tertutup. Ini bersesuaian dengan konsep islam yang mengkehendaki Wanita menutup aurat mereka. Baju Kurung adalah baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Pakaian ini juga adalah pakaian rasmi Di Malaysia dan juga di Brunei. Namun, adakah anda tahu Sejarah Baju Kurung? Dari manakah asal-usul Baju Kurung bermula?

Suatu masa dahulu, pakaian orang Melayu seharian hanyalah gaun sederhana kerana ketika itu kain sangat mahal dan agak sukar didapati. Kebanyakan orang hanya menutup pakaian di bawah tubuh. Lelaki hanya bercelana panjang dan perempuan biasanya hanya berkemban sehingga ke paras dada. Jika anda ada melihat Filem Melayu lama, Sultan biasanya menghadiahkan Sepersalinan Pakaian kepada hulubalang yang berjasa dengannya. Namun, kedatangan pedagang yang berhenti rehat di perairan sekitar Selat Melaka pada ketika itu membantu kepada perubahan Fesyen di tanah Melayu. Pedagang tidak hanya membawa barangan mereka ke Tanah Melayu, malahan fesyen yang pelbagai. Pada ketika itu, pedagang dari China, India, Timur Tengah (Arab) dan negara-negara Eropah berkumpul di Tanah Melayu untuk melakukan aktiviti jualbeli dan sistem barter. Mereka membawa bersama mereka barang-barang dan juga cara berpakaian mereka yang unik kepada orang Melayu. Pelbagai jenis kain mudah didapati pada ketika itu.

Ketika Empayar Melaka sedang pada puncaknya pada abad ke-15, dengan Islam sebagai agama utama, Pakaian tradisional Melayu, Baju Melayu mula direka. Ini jelas dinaytakan di dalam buku "Sejarah Melayu" atau "Sulalatus Salatin". Baju Kurung ketika itu merujuk kepada baju yang digunapakai oleh lelaki dan perempuan melayu. Baju kurung ini berkeadaan ketat dan singkat. Tun Hassan menjadi pelopor apabila beliau mengubahsuai bentuk baju kurung asal kepada bentuk baju melayu yang dipakai kini. Pada ketika itu, telah wujud protokol untuk berbaju kurung ketika mengadap Sultan.

Ada juga yang mengatakan baju kurung mula popular di akhir abad ke-19 oleh Sultan Abu Bakar dari Johor. Ianya dikatakan direka oleh HRH Sultan Abu Bakar pada tahun 1866. Beliau memperkenalkan Baju Kurung Teluk Belanga sempena ibu negeri Johor dahulu di Teluk Belanga (sekarang ini di Singapura) sebelum ibu negeri Johor bertukar kepada Johor Bahru. Pada ketika itu, nama Baju kurung Teluk Belanga adalah untuk lelaki dan wanita. Apabila tanah melayu semakin berkembang pesat, Nama "Baju Melayu" digunapakai untuk baju kurung yang digunakan oleh lelaki dan nama baju kurung kekal digunakan oleh wanita.

Sumber: Wikipedia, Sejarah Melayu,
 
Baju Kurung Budak Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...