Senarai pemborong baju kurung

Selamat datang ke blogshop Zezebel Collection's. Baju kurung murah yang kami jual adalah dari jenis English Cotton. Kami tidak menjual Cheap China Cotton pada masa ini. Anda boleh melihat sendiri design-design yang kami ada dan bandingkan dengan cotton murah dari China. Design yang kami ada adalah limited, paling banyak hanya ada dua helai untuk setiap pasang. Harga kami adalah termasuk harga poslaju, oleh yang demikian anda tidak perlu bersusah payah untuk berjumpa dengan kami untuk Cash On Delivery (COD). Walau bagaimanapun, jika anda ingin membuat COD, sila beritahu kami terlebih awal, sebaik-baiknya sehari sebelum. Harga boleh dirunding jika anda mengambil di dalam jumlah kuantiti yang banyak.


Sejarah Baju Kurung dikatakan sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Ada juga yang mengatakan baju kurung berasal dari Johor. Jika dahulu, nama baju kurung merujuk kepada baju untuk lelaki dan juga wanita. Baju kurung adalah satu kemestian kepada semua rakyat Malaysia dan adalah pakaian rasmi Malaysia untuk perempuan. Baju kurung juga ada berbagai jenis; baju kurung kanak-kanak/budak, baju kurung ibu mengandung, baju kurung moden, baju kurung Pahang, baju kurung nikah/pengantin, baju kurung cotton, bersulam, bermanik, labuci, lycra, sutera, plain dan sebagainya. Baju kurung juga sesuai untuk warna putih,hitam, hijau dan pelbagai warna lagi.

Saya melihat ramai pemborong baju kurung sanggup mengeluarkan modal besar untuk memborong di China, Vietnam, Korea dan Indonesia kerana harganya yang murah. Potensi industri pemborong baju kurung sememangnya baik kerana permintaannya sentiasa ada terutama di kalangan pengusaha butik dan pasar malam. Secara tidak langsung, peniaga-peniaga di Malaysia seperti saya sentiasa mencuba mendapatkan harga borong yang murah. Jika anda adalah pemborong baju kurung, pembekal kain ela untuk baju kurung, kilang membuat baju kurung, pemborong kain dari Vietnam atau pemborong tudung pada harga murah sila emailkan saya senarai barangan anda supaya saya dapat memilih harga yang terbaik untuk perniagaan baju kurung saya.
 
Baju Kurung Budak Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...